Saturday, 12 October 2013

Persinggahan Terurai

aku berpaling kerna kedatangan mu..
aku berhenti sedetik kerna melihat mu..
aku tersentuh dengan hembusan nafas mu..
aku terkelu dengan bicara mu..

ku tahani naluri mendekati mu..
ku buangkan bisikan hati tuk ku berhajat..
ku tenggelami rasa indah berada di sisi mu..
ku hanyutkan keinginan mendakap semua ini..
ku halangi hasrat demi hidup mu..

hanya ratapan senyuman di pancarkan..
sembunyikan semua yang terulit di dada ku..
sekadar seketika tanpa meninggalkan cerita yang mendalam..
impian di usir dari menjadi realiti..

jika perlu biarku pergi di angin lalu..
luput tanpa memori tercalit dalam hati mu..
tanpa resah gelisah terbayang di kalbu..
tanpa jua harapan terpalit di diri mu..

kau indah dalam hidup ku..
berteduh seketika mencubit rasa kemanisan..
kehangatan yang membara tercipta..

ku abadikan di corok dalam hati ku..

nukilan: diNihari

LARA

SEMALAM KITA BERGURAU BERPANJANGAN..
ESOK MUNGKIN BERTERUSAN..
TAPI YANG MENDATANG..

AKAN MENINGGALKAN SEMALAM DAN HARI INI..

MENJADI KENANGAN  HIDUP SEHINGGA AKHIR HAYAT KU..
KASIH DAN SAYANG TERCURAH PADA SIAPA?..

HANYA SAHABAT MENJADI PENEMAN..
KANCAH GELORA TUK SEMENTARA..
SAMPAI BILAKAH IA MENUMPANG..


HANYA MENUMPANG SEPERTI PENGEMIS..
TIADA ISTANA BAGI KASIH SAYANG KU..
TERSEPI BERLAPIK SENYUMAN..

DI WAJAH SERIBU PERSOALAN..
MENOLEH KEBELAKANG DI DEPAN TIADA JANGKAAN..


KU REDHA SEMUA KETENTUAN..
PEMBAKAR UNTUK TERUS HIDUP..
BIAR PUN LONGLAI AKHIRNYA.. 

nukilan: diNihari

Buah Pokok Mahkota Dewa


Add caption
Pokok Mahkota Dewa/Phaleria Macrocarpa berasal dari Papua/Irian Jaya. 

Pokok mahkota dewa boleh mencapai ketinggian sehingga 3 meter dan ianya cepat membesar . Pokok ini mempunyai buah yang berwarna merah menyala dan ianya tumbuh dari batang hingga ke ranting.Pada kebiasaannya kulit dan daging buah dijadikan ubat. Biji buah pokok ini adalah beracun dan kena rebus untuk hapuskan alkoloid sebelum digunakan. 

Pokok mahkota dewa telah diakui oleh universiti di Osaka Jepun dan universiti di Indonesia sebagai ubat merawat: 

  • Barah (Cancer)
  • Kencing Manis (diabetes)
  • Sakit Jantung (heart problem)
  • Ghout (Inflamasi)
  • Darah Tinggi (high blood pressure)
  • Masalah jerawat (Acne/pimple problem)

Buah mahkota dewa mengandung zat aktif seperti berikut: 

Alkaloid
· Menyah toksin dan racun 

Saponin
· Anti bakteria dan anti virus 
· Meningkatkan imunisasi badan 
· Mengurangkan kadar gula dalam darah 
· Mencegah darah beku 

Flavonoid
* melancarkan perjalanan darah 
* mencegah darah beku pada pembuluh darah 
* Mengurangkani kandungan kolesterol 
* Mengurangkan lemak dari melekat pada dinding pembuluh darah 
* Mengurangkan kadar risiko penyakit jantung 
* Anti-inflamasi (Anti-radang) 
* Anti-oksidan 

Polifenol
· Anti-histamin (anti-alergi) 

SENGSARA

KEALPAAN KU MENGGAMIT KENANGAN SEMALAM.. 
TANPA KU SEDARI TITISAN AIRMATA MENGALIR JERNIH DI PIPI KU..  
KABUS MENYELUBUNGI KEDUNIAAN HATI INI... 
LONGLAI TAK BERMAYA KETANDUSAN ARAH TUJUAN.. 
KEPAYAHAN TUK MENUNDUKKAN KEMAHUAN.
TEMBOK HATI TELAH MEMISAHKAN KITA TUK BERSAMA..  
HARAPAN KU MENJADI HARAPAN YANG TERSASAR JAUH.. 
BERDIRI TEGUH AMPUH TEMBOK YANG MENGHALANG TERJAHAN KU... 
AKU REDHA DENGAN APA YANG DI TAKDIRKAN.. 
BIAR PUN MENDALAM SEKALI EMPAT RASA HATI KU INI.. 
IA TETAP TERJADI DAN TERPAPAR DI DEPAN USAHA KU.. 

YA...ALLAH APAKAH INI DI NAMAKAN SURATAN TAKDIR MU.. 
KU TERPAKSA DALAM KERELAAN... 
LEPASKAN DIRI MU WALAUPUN TERSEKSA SELAMA-LAMANYA.. 
MENTARI TETAP TERBIT TANPA HENTI.. 
WALAU PUN TERPAKSA MERANGKAK KU MESTI TEMPUHI JUA.. 

SELAMAT TINGGAL APA YANG AKU RASA.. 
SELAMAT TINGGAL APA YANG AKU INGINKAN.. 
SELAMAT TINGGAL APA YANG AKU HAJATI.. 
SELAMAT TINGGAL APA YANG AKU IMPIKAN.. 
SELAMAT TINGGAL APA YANG AKU BENA.. 
SELAMAT TINGGAL SEMUANYA... 

 nukilan: diNihari

KEMAHUAN INSAFI

Himpunan ilmu membawa nurani ke kehidupan nyata.. 
Adap diri di pertanggungjawabkan demi maruah.. 
Menapak satu tangga ke satu tangga tanpa keraguan.. 
Inti hati jangan di remehkan seperti buangan sampah sarap...

Kekaguman dalam ilmuan serapan yang bermakna.. 
Ikhlas dan jujur penanda luhur sekian alam kehidupan.. 
Usaha dan iktibar membawa kejayaan yang bercahaya.. 
Kegelapan menyelubungi jangan di biarkan begitu.. 
Hembuskan segala-galanya tanpa rasa penat di jiwa..

Musabah diri yang memayung di tuntut silih berganti.. 
Tekadkan kelemahan supaya menjadi kelebihan.. 
Keegoan membataskan diri membawa diri kecelakaan.. 
Syukur dalam doa membuka akidah sejahtera yang jaya.. 
Hempasan keimanan keatas kejahilan menjana kejayaan.. 

Hitunglah hari kematian yang tidak di ketahui.. 
Hitunglah masa yang ada di sekelilingi.. 
itunglah dosa yang berkoyan-koyan sukar di timbangi.. 
Hitunglah pahala yang masuk di akal patut di catit kan.. 
Hitunglah amalan yang di amalkan setiap hari.. 
Hitunglah semuanya...... 

 NUKILAN: diNihari

TEKAD

Hening pagi subuh menerpa..
Menadan ke hadrat Illahi.. 
Kata-kata hati yang terpendam..

Bingkisan senyuman sinis buatan.. 
Dari kesedihan melanda.. Meneropong liku-liku hidup.. 
Bakal di tempohi..

Bangkitlah diri ini.. 
Jangan terleka dengan hitungan nostalgia.. 
Kecundangan bukan berakhirnya cerita.. 

Cahaya tetap bersinar.. 
Walaupun ribut bah melanda.. 
Tekad hati perlu di semai.. 
Kerna bukan kuatnya pada zahir.
Dandanlah kecantikan diri.. 
Dengan bunga-bunga amalan akhiratan... 
Nescaya kelembutan dan keayuan itu terserlah.. 
Insya'ALLAH.. 


 NUKILAN: diNihari

TEMAN

Teman... 
Berlabuh kenangan yang terpalit.... 
Tanpaku duga ia menjadi impian yang nyata.... 
Tercuit hatiku dengan perwatakan jari jemarimu... 
Tanpa sangsi dan raguku menerima kehadiranmu... 
Bilaku di buai kerinduanku tertawa sendiri....

Anehnya semacamku rasakan seperti kita sudah lama bersua.. 
Ku rasa tenang dan selesa dalam situasi ini... 
Menampakkan keceriaan dan kelincahanmu.... 
Tanpa menunjukkan bayangan lara...
Teman.... 
Bukanku bersandiwara bagi watak-watak ceria... 
Ku jujur terhadapmu... 
Berilah ruang untukku.. 
Walaupon hanya seketika berlabuh dalam rona-rona kehidupan mu... 

Jika di takdirkan kita berdua bermimpi seketika... 
Ku redha kehendak NYA.. 
Danku tidak berduka.... 
Kerana dirimu bukan hakku selama-lamanya.... 


nukilan: diNihari